Thursday, February 26, 2009

Bengali celaka.

Bengali celaka.

February 26, 2009 by admin
Bengali tuncit ini bertambah angkuh dan tidak langsung menghormati kita, tak sedar bahawa dirinya kini boleh kita ketegorikan sebagai OKU. Wakil Parlimen OKU dan bila -bila masa saja kita akan mengadakan pilihanraya kecil di parlimen beliau.

Semalam saya menonton TV dan melihat bagaimana bengali ini memanggil Pemuda UMNO sebagai celaka. Ini Pemuda UMNO celaka punya pemuda kata beliau. Kuarang ajar betul bengali ini apabila menuduh Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepada beliau. Peluru itu sebenarnya adalah lakonan cerita hindi beliau sendiri. Peluru berkenaan mungkin dihantar oleh kaum kerabat beliau sendiri atas arahan beliau, PKR pakatan penyamun (pinjam kata-kata Datuk Seri Adnan Yaakub, Menteri Besar Pahang ).

Jika bengali ini kata Pemuda UMNO yang menghantar peluru berkenaan, kenapa bengali ini tidak membuat lapaoran polis dan manyatakan bahawa peluru itu dihantar kepadanya oleh Pemuda UMNO Malaysia. Bangunlah Pemuda UMNO, bangkitlah Pemimpin Pemuda UMNO, kita dihina dan bukan sekali kita dihina. Bengali ini tidak takut dengan sesiapa, beliau bertambah kurang ajar, beliau patut diajar Jika beliau tidak diajar, beliau akan menjadi lebih kurang ajar. Beliau juga kurang ajar kepada raja kita. Kurang ajar kepada Raja kita samalah seperti kurang ajar kepada kita.

Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hj Hadi tidak perlu kita pedulikan. PAS atau Keadilan, biarkan mereka lemas. Mereka turut bersubahat membenarkan bengali menghina kita. Mereka bertepuk tangan tengok bengali ini hina Raja kita. Buat sebanyk laporan lagi kepada pihak berkuasa. Cari jalan bagaimana untuk mangajar bengali ini. Benagli yang marah apabila dipanggil bengali, itulah sebab bengali ini tidak berserban.

Adakah kita merindui Allahyarham Kia Arshad, kalau Allahyarham ini masih ada, tentu bengali ini tidak kurang ajar macam sekarang, tentu dia takut Kia Arshad akan menolak bengali ini dengan kerusi-kerusi roda nya kedalam sungai. Kenapa tidak ada lagi orang macam Kia Arshad ini.

Orang Pas kita jagan ceritalah, mereka ini lebih rela bersaudara dengan bengali ini walaupun benglai ini menolak Islam, tapi orang Pas yang sama-sama berjemaah dengan kita di masjid lebih rela menolak kita dari bengali ini. Mereka lebih rela bersaudara dengan bengali ini yang pernah berkata dari dulu hingga sekarang mencabar Pas agar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan negara Islam dari bersaudara dengan kita yang menyembah Allah SWT. Ini semua adalah kerana mahukann kuasa. Nik Aziz lebih rela bergabung dengan DAP dari bergabung dengan UMNO kerana ahli UMNO adalah orang Islam. Nik Aziz takut Islam kita lebih dari Islam beliau. Beliau mahu berlumba -lumba menjadi lebih Islam di dunia ini. Jika dengan DAP jelas mereka lebih Islam dari DAP, (memanglah sebab DAP adalah majorti bukan Islam).

Kita tunggu apa reaksi pemimpin Pemuda mengenai sumpahan Karpal Singh ini.

Oleh: Mazlan Hashim KPMU



http://www.kpmu.net/2009/02/bengali-celaka/

Friday, February 20, 2009

Nasib Baik Ada Berahim!


Friday, February 20, 2009

Nasib Baik Ada Berahim!


Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Kelantan kerana kelantangan, ketegasan, dan tidak berganjak serta berterusan mempertahankan orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu di Dewan Rakyat.


Sebagai Ahli Parlimen Bebas, beliau agak lantang mengkritik perkara-perkara yang mengugat secara langsung hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.


Jangan dilihat sejarah silamnya bersama UMNO atau Semangat 46. Kita perlu melihat kepada situasi sekarang. Istilah 'here and now' adalah sangat bertepatan apabila memperkatakan Ibrahim Ali yang antara satu-satunya pemimpin Melayu yang lantang. Beliau kadang kala dibantu dan disokong oleh MP Barisan Nasional seperti Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan YB Fuad Zarkhasyi dari Parlimen Batu Pahat. Cukup lah mereka ini saja yang bercakap dan yang lain-lainnya boleh digunakan untuk mengundi jika perlu.


Terbaru dikatakan Ibrahim Ali tidak boleh menahan sabar sehingga menghempas songkok ketika perbahasan mempertahan Raja-Raja Melayu. Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat pada petang Khamis 19/02/2009 yang lalu.


Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka. Ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong , Ibrahim menyindir dan 'membelasah' anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.


Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan. Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.


Kelantangan Pak Berahim kurang disenangi PAS yang memberi laluan kepadanya bertanding dalam pilihanraya Mac 2008 atas tiket PAS bagi Parlimen Pasir Mas.


Mengikut perkembangan terbaru, PAS Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ibrahim Ali meletakkan jawatannya kerana sering mengkritik parti itu. Ini bukan soal tidak mengenang budi atau soal mengkritik ahli-ahli parlimen Melayu dari PKR dan PAS tetapi ini soal mempertahankan maruah bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu. Sepatutnya apabila menyebut soal maruah bangsa, agama dan raja-raja Melayu tanpa mengira parti ahli-ahli Parlimen Melayu ini akan menjadi senada dan seirama.


Tidak seperti Gerakan, MCA dan DAP, jika kepentingan orang Cina disentuh mereka akan bersatu bersama-sama dengan NGO-NGO dan Pelampau-pelampau Cina terutama apabila berkaitan isu pendidikan.Soal-soal politik dan ekonomi mereka boleh berbeza.


Lantaklah hendak berbahas macam kapal karam pun tidak mengapa. Tetapi rakyat semakin kecewa jika isu-isu besar yang menginjak-injak maruah dan harga diri Melayu dan Islam, pemimpin-pemimpin besar Melayu ini masih enggan bersama sama.Ulamak -ulamak yang menjadi ahli politik dari kalangan orang Melayu gagal menjadi 'warisatul ambia' setidak-tidaknya sama-sama mempertahan maruah Melayu dan Islam yang diperlekeh ke peringkat paling hina sekarang ini.


Saya tidak nampak sekarang ini perpaduan Melayu dan Islam ini boleh tercapai dalam waktu terdekat. Melayu akan bersatu semula setelah kuasa politik Melayu ini terlepas ke tangan orang lain. Walau bagaimana sekali lagi tahniah kepada YB Berahim Ali yang membawa ledakan kemarahan rakyat berkumandang di Parlimen.


Amir HamzahBatu Pahat


www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, December 20, 2008

Isu babi: Pewaris adakan bantahan aman esok

Isu babi: Pewaris adakan bantahan aman esok
Muda Mohd Noor | Dec 19, 08 12:06pm
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan bantahan secara aman esok terhadap perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggantung kepala babi di atas kain rentangnya, kelmarin.

Kain rentang itu digantung pada pagar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, utara Melaka mengenai jemputan ke majlis perjumpaan bagi membincangkan isu-isu Melayu, termasuk mengenai ternakan babi, anjuran badan itu esok.

Ia juga akan membangkitkan beberapa isu semasa yang hangat dibicarakan tahun ini, termasuk isu pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ketuanan Melayu, hubungan antara kaum dan Dasar Ekonomi Baru.


Beberapa kain rentang yang menyentuh isu-isu tersebut dinaikkan di sekitar Masjid Tanah - tempat berlangsungnya majlis perjumpaan tersebut yang bermula 8.30 pagi.

Penduduk dilaporkan menemui bangkai kepala babi hutan digantung pada kain rentang tersebut, berhampiran bulatan Tanjung Bidara-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Jurucakap Pewaris yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini hari ini, bantahan akan diadakan kira-kira jam 11 pagi di sebuah dewan di Hotel Samudera Riverside, Masjid Tanah selepas perjumpaan tersebut.


Pewaris juga, katanya, akan menyerahkan memorandum kepada ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi menghapuskan ternakan babi di kawasan Paya Mengkuang.

Abu Seman juga merupakan timbalan menteri pertahanan.

"Ternakan babi di sini telah menimbulkan banyak masalah kepada orang Melayu di kawasan sekitar," kata jurucakap NGO itu.

Penggantungan kepala babi kelmarin merupakan insiden ketiga.

Pada 18 Oktober lalu, peniaga dan pengunjung menemui bangkai kepala babi di tepian Pantai Pengkalan Balak.

Pada 13 November lalu, kepala babi dilaporkan digantung di atas pintu pagar rumah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor kelmarin dilaporkan memberi amaran kepada mereka yang terbabit menggantung kepala babi di kain rentang Pewaris itu.


Sebuah skuad khas juga telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan dan sehingga ini belum ada tangkapan dibuat, tambahnya.

Sementara itu, seorang AJK Umno bahagian Masjid Tanah, Jamiluddin Junit berkata, perbuatan seumpama itu tidak boleh dipandang mudah.

"Tetapi kita perlu bertindak bijak menanganinya kerana tidak mahu ia menjadi isu perkauman.

"Kita tidak tahu pihak mana yang melakukan perbuatan itu... persatuan penternak babi menafikan mereka terbabit.

"Berilah peluang pasukan polis menjalankan siasatan...," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Monday, November 24, 2008

NGO pro-kerajaan untuk menghalalkan kezaliman

Guna sekumpulan kecil NGO pro-kerajaan untuk menghalalkan kezaliman | Cabar ambil pandangan ratusan NGO yang lain

Tindakan ISA wajar - NGO

KUALA LUMPUR 14 Sept - Beberapa pertubuhan bukan (NGO) kerajaan menyifatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan dan perlu diteruskan bagi menghalang cubaan mana-mana pihak melakukan tindakan yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ISA sebagai undang-undang pencegahan terbukti berjaya dalam peranannya selama ini sejak ia digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Katanya, sebab itu ISA tetap relevan apatah lagi dalam negara yang didiami rakyat berbilang kaum kerana sebarang perbezaan kecil sekalipun boleh diperbesarkan pihak yang tidak bertanggungjawab hingga mencetuskan api permusuhan.

''Justeru ISA amat penting bagi mengelakkan negara porak-peranda walaupun parti pembangkang mendakwa ISA ini undang-undang yang zalim.

''Namun dalam hal ini kita perlu pragmatik. Jangan kita melompat tak tentu pasal. Sepatutnya kita jangan timbulkan pelbagai tanggapan apabila ISA digunakan hingga mencetuskan masalah lain,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ISA terhadap tiga individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama di dalam negara, kelmarin.

Mereka yang terlibat ialah Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar ketika dihubungi berkata, ISA merupakan satu tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu sedemikian.

''Perkara-perkara yang terkandung di dalam perlembagaan termasuk Rukun Negara, jika ada pihak tertentu mempersoalkannya sehingga mengundang keresahan rakyat maka mereka harus dikenakan tindakan tegas.

''Oleh itu Gapena melihat tindakan mengenakan ISA sebagai relevan, terutama ke atas mereka yang cuba menghuru-harakan negara dengan menyentuh isu sensitif,'' katanya.

Dalam pada itu, Abdul Latif turut tidak menolak isu sedemikian timbul disebabkan sikap segelintir ahli politik yang mempolitikkan hal-hal tersebut demi kepentingan diri sendiri dan kaum.

''Ahli politik macam 'over acting' dalam berpolitik, saya percaya mereka ini ada agenda tertentu,'' katanya.

Selain pengawasan pucuk pimpinan negara, katanya, Raja-raja juga perlu lebih memainkan peranan dengan kuasa yang dimiliki dalam melindungi hak-hak dan kepentingan bangsa, ketuanan Melayu dan agama Islam.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, langkah mengenakan ISA merupakan satu jaminan keselamatan dan ketenteraman semua kaum di negara ini.

''Hanya melalui penguatkuasaan akta ini mampu menenangkan keadaan di dalam negara sekiranya terdapat 'pencemaran politik' seperti ini.

''GPMS percaya ISA bukan sahaja mampu menstabilkan keharmonian dan keamanan antara kaum, malah membantu memulihkan semula ekonomi negara selepas berdepan situasi ancaman sedemikian, ''katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berpendapat, tindakan ISA membuktikan kerajaan prihatin dengan melakukan terbaik untuk ketenteraman negara.

Menurut beliau, pihaknya yakin kerajaan tidak akan menggunakan ISA sewenang-wenangnya kecuali terhadap mereka yang dipercayai boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara.

''Tidak ada di dalam dunia ini yang tiada batasan, apa yang dilakukan kerajaan tentunya untuk tujuan kebaikan semua,'' katanya.

http://www.malaysiakini.tv/video/16437.html


www.utusan.com.my

Monday, November 10, 2008

Sambutan hero, Ahmad dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"

Sambutan hero, Ahmad dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"
Dilulus terbit pada Monday, November 10 @ 07:50:00 MYT oleh AbuJihad

Petikan MStar

GEORGE TOWN: Datuk Ahmad Ismail, yang digantung daripada jawatan Ketua Umno Bukit Bendera dua bulan lalu, semalam diberikan sambutan sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".


Ahmad diberikan sambutan sebagai pahlaman dengan dipersembahkan alat-alat kebesaran Melayu, antaranya keris pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu petang semalam.


Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.


AHMAD Ismail menerima keris daripada veteran Umno, Abdul Rahman Lazim. - foto The Star oleh CHARLES MARIASOOSAY

Ahmad yang tiba di hotel Bayview Beach Resort di sini pukul 3.40 petang disambut masuk dengan meriah ke dewan utama persidangan meriah bersama iringan kompang dan persembahan silat.



Sebaik tiba beliau dikenakan tengkolok kuning oleh penasihat bahagian itu, Azmi Merican.



Kemudian beliau menerima selempang berwarna kuning daripada veteran Umno Saakyah Mat Isa, serta diberikan keris oleh seorang lagi veteran Abdul Rahman Lazim.




Selepas menerima komponen tradisi itu Ahmad menuju ke pentas utama manakala juruacara mengisytiharkan beliau sebagai pahlawan tulen Bukit Bendera.



Ketua Umno Cawangan Jalan Lahat, Madzalifah Abu Kassim kemudian membacakan sajak yang beliau hasilkan khas untuk Ahmad. Ia disusuli dengan laungan “Hidup Datuk Ahmad” dan “Hidup Melayu” sebanyak tiga kali.



Selepas menyanyikan lagu Warisan, dan solat, Ahmad, yang juga penasihat bahagian itu kemudiannya merasmikan persidangan yang diadakan secara tertutup.



Persidangan memilih Abdul Jalil Ariffin sebagai ketua bahagian tanpa dicabar.



Perwakilan juga meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi Umno menarik balik dan membatalkan penggantungan Ahmad.




Usul seumpama juga telah diluluskan oleh Pergerakan Wanita semalam.

Sunday, November 9, 2008

Warrior’s welcome for Ahmad Ismail of ‘pendatang’ infamy

Warrior’s welcome for Ahmad Ismail of ‘pendatang’ infamy
By PRISCILLA DIELENBERG


GEORGE TOWN: Suspended Bukit Bendera Umno chief Datuk Ahmad Ismail was given a warrior’s welcome, complete with presentation of regalia such as a keris (traditional Malay sword), when he turned up for the division’s delegates conference.

Ahmad was on Sept 10 suspended from Umno and stripped of all party posts for three years following an uproar over race-related statements he made in a ceramah (political address) in Permatang Pauh.

He had described Malaysian citizens of Chinese descent as pendatang (immigrants).

He arrived at the Bayview Beach Resort here for the conference at 3.40pm on Sunday and was greeted with cheers and accompanied by a kompang (traditional drums) troupe into the ballroom, where several silat (Malay martial arts) exponents gave a brief ceremonial performance.

Upon entering, Ahmad was adorned with a yellow tengkolok (headdress) by division adviser Azmi Merican, a yellow selempang (scarf) by Umno veteran Saakyah Mat Isa, and presented with a keris by Umno veteran Abdul Rahman Lazim.

Ahmad raised the keris briefly to his lips in reverence, then lifted it high before proceeding on stage, while the emcee ammounced that all three traditional items were presented to Ahmad as a true pahlawan Melayu (Malay warrior) of Bukit Bendera.

Jalan Lahat Umno branch chief Madzalifah Abu Kassim then recited a sajak (poem) that he wrote for Ahmad, after which the delegates cheered “Hidup Datuk Ahmad” and “Hidup Melayu” three times each.

The delegates then sang the song Warisan, followed by prayers and Ahmad, who is the division’s adviser and de facto leader, then proceeded to officiate the closed-door conference.

The conference confirmed the election of Abdul Jalil Ariffin, who was uncontested, as the new division chief.

The delegates also passed a motion urging the Umno Supreme Council to withdraw and cancel Ahmad’s suspension. A similar motion was passed by the Wanita wing earlier in the day.

Sunday, September 7, 2008

Infernal Inferiority

http://aisehman.org/?p=664

Infernal Inferiority
7 September 2008 | 3,654 Views
This is a good a read, this interview with UIA law lecturer Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz in Mingguan Malaysia.

I suggest you read it, if you want to understand the world view of Malays with inferiority complex, or what I call the Malay Inferiorists.

You know, it is wrong to call these people Malay supremacists, because you are only a supremacist if you believe in the superiority of your race.

Case in point, the Nazis and all that bullshit about the Aryan race.

But Umno Melayus and their like believe that the Malays are weak, that’s why they need all those privileges and so-called “rights” over other races.

So if you believe you race is weak, how can you be described as a supremacist?

Malay Inferiorists always look down on Malays like me who call for equality.

I do not know how it is possible for people with an inferiority complex to “look down” on people who are self-confident.

I mean, you’re the one with the problem, not me.

But that’s the way it is.

Here is an example, from the interview, of the Malay Inferiorist view of Malays like me:

UTUSAN MALAYSIA: Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan.

Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini.

Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya.

Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu.

Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan.

Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu.

Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan. [Mingguan Malaysia]

I am Poison. (Racun)

Betrayer of my Race. (Melayu makan Melayu)

Instigator. (Mereka yang mencetuskan semua ini)

Henchman. (Tali barut)

I am all these.

Me. The one who wants the Malays to stand on their own two feet.

The one who wants the Malays to believe in themselves.

The one who wants the Malays to recall that their religion exhorts them to self-reliance, hard work, and prayer.

You can call me what you want. It does not matter.

I and the people like me will prevail.

================================================================


ARKIB : 07/09/2008
Ancaman kepada Melayu


Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

--------------------------------------------------------------------------------



Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.

Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.

Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.

Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.

Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.

Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Jangan prejudis kepada perkara 153
Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.

Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.